d'Fakap Online

Featured Posts Coolbthemes

Sunday 29 December 2013

Suspek Utama Dalang Himpunan Guling Kerajaan di Tangkap

KUALA LUMPUR 29 Dis - dalang suspek yang di katakan akan melakukan himpunan guling kerajaan BN telah di tangkap hari ini, ini berdasarkan laporan sebuah gambar (bawah) yang memaparkan 2 anggota polis menahan seorang rakyat malaysia sambil di perhatikan oleh seorang peniaga.

gambar ini membuktikan perkataan "TURUN" adalah menjadi satu kesalahan di bawah akta Guling-Guling Kerajaan peringkat kebangsaan.
- Ajensi Berita Fakap



Ulasan Prof EP dengan penuh fatwa
"lawan kerajaan yang zalim adalah budaya kita"
Ulasan Dr Twet dengan kelaparan
"lawan pemerintah yang zalim satu kewajipan hidup"


Panas! Pemuda UMNO mahu himpunan guling-gulingkan kerajaan BN

TANJUNG KARANG 29 Dis - dari hasil risikan Ajensi dari beberapa pemberi maklumat yang boleh di percayai, di katakan pemuda umno tanjung karang mahu mengadakan himpunan haram bagi "guling-gulingkan kerajaan". Mengikut majlis fatwa bangsa negara, "adalah haram menggulingkan kerajaan yang sah walaupun kerajaan itu mendapat hanya minoriti undi dari rakyat"

Himpunan guling-gulingkan kerajaan esok (30Dis) yang akan di buat oleh pemuda umno tanjung karang di jangka akan di sertai oleh puluhan malah ratusan ribu anak muda, ianya di katakan bertujuan bagi membantah kenaikan kos sara hidup yang tinggi. pemuda umno tanjung karang yang juga pemuda-pemuda umno bagi Noh Omar (MP Tanjung Karang) dengan kain rentang yang sangat tidak tahu bersyukur ini, telah jelas mahu menguling-gulingkan kerajaan. himpunan haram oleh pemuda umno tanjung karang ini di bantah oleh pemuda umno Ipoh (gambar kanan) kerana umno di selangor sudah tidak tahu bersyukur. 

bercakap kepada Ajensi, seorang pemuda umno di sana berkata, "kami pangkah BN sebab janji Najib nak turunkan harga barang, dan Najib juga telah berjanji bahawa dia berjanji adalah janji yang dia mampu tunaikan janji dan tidak akan berjanji jika dia tidak mampu berjanji untuk AkuJanjinya itu"

Dalam temubual yang berasingan, Noh Omar berkata "ini semua adalah dakyah pembangkang, saya sebagai MP di sini tidak pernah terima aduan dari orang umno berkaitan kenaikan harga barang". ini membuktikan rakyat sokong barang naik

Ulasan Prof EP dalam buku AkuJanjinya
"Janji dicapati kini masa berjanji lagi"

Ulasan Dr Twet sambil mengkaryakan blog
"pemuda umno kini jadi pengkhianat kepada perjuangan suci umno"




Kenyataan Terkini Hasan Malek Menteri Perdagangan


KUALA LUMPUR, 29 Dis - Kos kenaikan harga barangan tidaklah membebankan rakyat, kata Menteri Perdagangan Hasan Malek, dengan perjuangan beliau menegakkan agar harga barang terus naik, beliau telah menyempurnakan azimat wajib terakhirnya sebagai seorang menteri dari kerajaan BN.

Azimat wajib itu adalah wajibnya mencium tanya orang yang menaikkan segala kos sara hidup iaitu Perdana Menteri Malaysia sebagai tanda kesyukuran. Malah sebagai menteri beliau mendesak agar rakyat berhenti bersungut dengan kenaikan ini, kerana Islam tidak ajar rakyatnya bersungut.

Seperti kata punjangga dari mufti, pemerintah adalah bayang-bayang tuhan maka haram melawan pemerintah, dan seorang Ulama Muda dari umno berkata "ini semua adalah ketentuan" jika di rampas harta atau di pukul seperti keldai pun wajib taat kepada pemerintah. -Ajensi Berita Fakap

Ulasan Dr Twet dengan dalil kitab kuning,
"Sebenarnya harga barangan tidak naik tapi ringgit Malaysia menjuman jatuh."
Ulasan Prof EP sambil berlatih tahan asap FRU,
"Malaysia mempunyai pakar ekonomi terbaik dunia iaitu Rosmah Mansor."

1,005 Perhimpunan Haram Bantah Himpuan Guling Kerajaan.

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Penganjuran himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka yang dikatakan akan di lakukan oleh anak-anak muda seluruh negara terus dibantah pelbagai pihak dengan sebanyak 1,005 Himpunan Haram oleh Ngo-Ngo yang menyokong kenaikan harga barang oleh Kerajaan BN di seluruh negara sehingga petang ini.

Daripada jumlah itu, Perak mencatat jumlah himpunan haram tertinggi iaitu 210 himpunan diikuti Sabah (148); Selangor (139); Pahang (93); Melaka (80); Johor (78); Kedah (75); Terengganu (58); Kelantan (44); Perlis (41); Pulau Pinang (13); Kuala Lumpur (12); Sarawak (8) dan Negeri Sembilan (6). Ini membawa jumlah 1005 himpunan haram yang telah berlangsung sebelum himpunan guling kerajaan diadakan.
 
Himpunan haram penyokong kerajaan yang di lakukan di 1005 lokasi seluruh negara ini telah menyebabkan berlakunya ketidak kestabilan kepada sosio ekonomi negara, peniaga mengalami kerugian terlampau sehingga jutaan ringgit, ketidak amanan negara dan lain-lain perkara negatif lagi, kata seorang Dekan University of Malays pakar politik Negara kepada Ajensi.

Tambah beliau lagi, dengan beribu-ribu himpunan haram oleh penyokong BN sebelum berlangsungnya yang dikatakan himpunan guling kerajaan, Kerajaan itu sendiri telah lari menyelamatkan diri dari tekanan dalam negara. Tindakan ini terpaksa di ambil bagi meredakan amarah penyokong BN yang berhimpun. -Ajensi Berita Fakap.

Ulasan Dr Twet bercomand and conquer,
"Penyokong Kerajaan BN berhimpun untuk membantah himpunan"
Ulasan Prof EP yang terkena selsema babi,
"Keamanan negara tidak terobek oleh 1005 himpunan haram Pro BN seluruh negara" 

Saturday 28 December 2013

4 NGO dijangka buat kecoh sambutan Tahun Baru nanti diKenal Pasti

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Para Perisik Negara telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pro BN yang dijangka akan membuat kecoh dan provakasi terhadap Himpunan Bantah kenaikan kos sara diri malam sambutan tahun baru nanti. 

Timbalannya, Datuk Sri Singh Amar Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Perkida, Skot Pertahan Maruah Isteri PM, Perkasa dan Petriot. Mereka akan berhimpun untuk membantah perhimpunan. Manakala lagi suatu pihak iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula akan berhimpun untuk membantah kenaikan kos sara hidup yang di naikan oleh Kerajaan Malaysia.

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. Tambahnya lagi jika mahu turun ke Dataran Merdeka jangan bawa apa-apa senjata bawa kelengkapan berkhemah tidak apa, kerana ia di jamin dalam perlembagaan negara.- Ajensi Berita Fakap


Ulasan Prof EP penuh fatwa
"Wajib gulingkan kerajaan yang zalim pada rakyatnya."
 Ulasan Dr Twet sambil lawan chess
"Kebodohan dan kecuaian pemerintah bukan kesalahan maka tidak boleh di dakwa."