Showing posts with label Fakap Info. Show all posts
Showing posts with label Fakap Info. Show all posts

Sunday, 29 December 2013

Suspek Utama Dalang Himpunan Guling Kerajaan di Tangkap

KUALA LUMPUR 29 Dis - dalang suspek yang di katakan akan melakukan himpunan guling kerajaan BN telah di tangkap hari ini, ini berdasarkan laporan sebuah gambar (bawah) yang memaparkan 2 anggota polis menahan seorang rakyat malaysia sambil di perhatikan oleh seorang peniaga.

gambar ini membuktikan perkataan "TURUN" adalah menjadi satu kesalahan di bawah akta Guling-Guling Kerajaan peringkat kebangsaan.
- Ajensi Berita Fakap



Ulasan Prof EP dengan penuh fatwa
"lawan kerajaan yang zalim adalah budaya kita"
Ulasan Dr Twet dengan kelaparan
"lawan pemerintah yang zalim satu kewajipan hidup"


1,005 Perhimpunan Haram Bantah Himpuan Guling Kerajaan.

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Penganjuran himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka yang dikatakan akan di lakukan oleh anak-anak muda seluruh negara terus dibantah pelbagai pihak dengan sebanyak 1,005 Himpunan Haram oleh Ngo-Ngo yang menyokong kenaikan harga barang oleh Kerajaan BN di seluruh negara sehingga petang ini.

Daripada jumlah itu, Perak mencatat jumlah himpunan haram tertinggi iaitu 210 himpunan diikuti Sabah (148); Selangor (139); Pahang (93); Melaka (80); Johor (78); Kedah (75); Terengganu (58); Kelantan (44); Perlis (41); Pulau Pinang (13); Kuala Lumpur (12); Sarawak (8) dan Negeri Sembilan (6). Ini membawa jumlah 1005 himpunan haram yang telah berlangsung sebelum himpunan guling kerajaan diadakan.
 
Himpunan haram penyokong kerajaan yang di lakukan di 1005 lokasi seluruh negara ini telah menyebabkan berlakunya ketidak kestabilan kepada sosio ekonomi negara, peniaga mengalami kerugian terlampau sehingga jutaan ringgit, ketidak amanan negara dan lain-lain perkara negatif lagi, kata seorang Dekan University of Malays pakar politik Negara kepada Ajensi.

Tambah beliau lagi, dengan beribu-ribu himpunan haram oleh penyokong BN sebelum berlangsungnya yang dikatakan himpunan guling kerajaan, Kerajaan itu sendiri telah lari menyelamatkan diri dari tekanan dalam negara. Tindakan ini terpaksa di ambil bagi meredakan amarah penyokong BN yang berhimpun. -Ajensi Berita Fakap.

Ulasan Dr Twet bercomand and conquer,
"Penyokong Kerajaan BN berhimpun untuk membantah himpunan"
Ulasan Prof EP yang terkena selsema babi,
"Keamanan negara tidak terobek oleh 1005 himpunan haram Pro BN seluruh negara" 

Friday, 27 December 2013

Anak Muda Melayu terkaya di Malaysia.


NEW YORK, 27 Dis - Anak tiri kesayangan Perdana Menteri Tun Seri Najib Razak yang hanya berusia 36 tahun (gambar) dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York. Juga merupakan seorang yang berbangsa Melayu asli terkaya di New York. Bak kata pepatah Tun Srimahathir "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, kerana itu membeli rumah di negara orang"

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Tun Seri Rosmah Mansor dengan janda pertamanya, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Kolumnis Ajensi di sana. Ibu beliau berkata ia adalah kerana daddykasi anaknya sendiri, bukan hasil lendir rakyat Malaysia. 

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah yang mempunyai tujuh bilik air dan tujuh kolam renang di setiap bilik air. Ianya amat sesuai untuk PM dan sekeluarga melawat dan berendam dalam kolam renang tersebut. Ini bagi mengelakan pembaziran air di Putrajaya.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Kolumnis Ajensi lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000. Walaupun tempat yang dipelajari itu tidak sehebat taraf pendidikan negara Malaysia, tetapi Najib berkeras mahu anak tirinya belajar di luar negara untuk mudah membuat kekayaan. -Ajensi Berita Fakap

Ulasan Prof EP sambil mata ke atas dan tangan di bahu,

"Adakah anak tiri Najib Kristian kerana belajar di negara Kristian? Sama-sama kita tunggu bukti gred A dari Zahid Komedi.

Ulasan Dr Twet sambil sedut vapour,

"Alamak! Adakah ini bajet dari PERMATA 2012 116Juta?"

Wednesday, 18 December 2013

6 Lelaki Penerima Anugerah Nobel di Malaysia.


SWEDEN 18Dis - Setiap tahun Royal Swedish of Science di Stockholm, Sweden akan mengumumkan Pemenang hadiah Nobel dalam bidang-bidang tertentu. Hadiah Nobel untuk tahun 2013 dikongsi bersama 6 rakyat Malaysia yang mempelopori bidang masing-masing dan memegang gelaran 'Masters of Light'. 

Kenali lah mereka yang telah mengharumkan nama negara Malaysia di persada antarabangsa. -Ajensi Berita Fakap
Sila klik 'next'

Ulasan Prof EP dengan penuh keterujaan,
"Bapak hebat orang Malaysia! Nak mati pun masih hidup Melayu!"

Ulasan Dr Twet sambil tumbok chilli,
"Malaysia ajaib! Kecik-kecik bodoh dah besar jadi perdana menteri."

Monday, 2 December 2013

Tangguh Kenaikkan Bil Letrik demi Kesejahteraan Rakyat - Menteri

KUALA LUMPUR 1 Dec - "langkah kerajaan BN menaikkan harga letrik pada 1 januari 2014 adalah untuk kesejahteraan rakyat" kata seorang menteri yang tidak mahu disiarkan namanya kepada Ajensi. beliau menegaskan bahawa kenaikan ini tiada kena mengena dengan masalah ekonomi yang sedang melanda dunia, tetapi kenaikan ini adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.

Tambahnya lagi "kita telah merujuk kepada 15 orang pakar ekonomi dari seluruh dunia, dan terbukti mereka memuji langkah kerajaan BN dalam menaikkan kadar bil letrik, dan mereka berkata langkah ini akan di jadikan contoh dan akan di aplikasikan di negara mereka". 

Adakah kenaikkan ini membebankan rakyat?
Mengikut dari kajian pakar-pakar ekonomi yang bergaji puluhan ribu dollar sebulan itu dan tidak pernah membayar bil letrik kerana ianya di tanggung oleh kerajaan mereka, kenaikkan bil letrik ini sedikitpun tidak akan membebankan rakyat, malahan ianya akan memberikan kestabilan ekonomi kepada negara serta nilai pulangan yang tinggi kepada rakyat, lagipun kerajaan yang bertanggungjawab seperti kerajaan BN sekarang, telah menaikkan kadar BR1M agar dapat menampung segala perbelanjaan isi rumah termasuklah bil letrik. selain itu kerajaan BN telah mengekang kenaikkan bil letrik ini sehingga tahun hadapan. 

Ketika di tanya kenapa perlunya kadar bil letrik ini naik tahun hadapan oleh Ajensi, seorang menteri menjawab? "kadar menaikkan bil letrik mampu mengurangkan kadar kematian akibat renjatan elekrtik" - Ajensi Berita Fakap 

Saturday, 30 November 2013

7 Wanita Paling Seksi Dalam Dunia Tahun 2013

7 . Pixie Lott   Penyanyi Inggeris yang hobinya memakai baju mini, Pixie Lott.
6 . Kaley Cuoco Aktres berasal dari California, Kaley Cuoco.
5 . Kelly Brook   Model Inggeris yang gemar menjadikan WAG dari atlet cabang olahraga ragbi, Kelly Brook.
 4 . Michelle Keegan Aktres cantik ini pernah dikejar cintanya oleh striker AC Milan, Mario Balotelli.
3 . Helen Flanagan Kekasih pemain Manchester City Scott Sinclair yang paling suka mencari sensasi dalam lama maya jejaring sosial.
2 . Rihanna Penyanyi Barbados yang gemar mengenakan baju seksi saat ghairah,

1. Wanita Nombor Satu Paling Seksi Di Dunia di nobatkan kepada seorang wanita yang begitu cantik dan di hormati ramai, beliau juga tidak pernah berkira dalam soal kewangan demi kecantikan dirinya, beliau bukanlah seorang wanita biasa, tetapi mempunyai level yang tersendiri, oleh itu dunia telah mengiktiraf beliau sebagai wanita paling seksi di dunia, untuk mengenali wanita terseksi ini, anda boleh klik GAMBAR ..