Showing posts with label Fakap Propa. Show all posts
Showing posts with label Fakap Propa. Show all posts

Sunday, 29 December 2013

Panas! Pemuda UMNO mahu himpunan guling-gulingkan kerajaan BN

TANJUNG KARANG 29 Dis - dari hasil risikan Ajensi dari beberapa pemberi maklumat yang boleh di percayai, di katakan pemuda umno tanjung karang mahu mengadakan himpunan haram bagi "guling-gulingkan kerajaan". Mengikut majlis fatwa bangsa negara, "adalah haram menggulingkan kerajaan yang sah walaupun kerajaan itu mendapat hanya minoriti undi dari rakyat"

Himpunan guling-gulingkan kerajaan esok (30Dis) yang akan di buat oleh pemuda umno tanjung karang di jangka akan di sertai oleh puluhan malah ratusan ribu anak muda, ianya di katakan bertujuan bagi membantah kenaikan kos sara hidup yang tinggi. pemuda umno tanjung karang yang juga pemuda-pemuda umno bagi Noh Omar (MP Tanjung Karang) dengan kain rentang yang sangat tidak tahu bersyukur ini, telah jelas mahu menguling-gulingkan kerajaan. himpunan haram oleh pemuda umno tanjung karang ini di bantah oleh pemuda umno Ipoh (gambar kanan) kerana umno di selangor sudah tidak tahu bersyukur. 

bercakap kepada Ajensi, seorang pemuda umno di sana berkata, "kami pangkah BN sebab janji Najib nak turunkan harga barang, dan Najib juga telah berjanji bahawa dia berjanji adalah janji yang dia mampu tunaikan janji dan tidak akan berjanji jika dia tidak mampu berjanji untuk AkuJanjinya itu"

Dalam temubual yang berasingan, Noh Omar berkata "ini semua adalah dakyah pembangkang, saya sebagai MP di sini tidak pernah terima aduan dari orang umno berkaitan kenaikan harga barang". ini membuktikan rakyat sokong barang naik

Ulasan Prof EP dalam buku AkuJanjinya
"Janji dicapati kini masa berjanji lagi"

Ulasan Dr Twet sambil mengkaryakan blog
"pemuda umno kini jadi pengkhianat kepada perjuangan suci umno"




Kenyataan Terkini Hasan Malek Menteri Perdagangan


KUALA LUMPUR, 29 Dis - Kos kenaikan harga barangan tidaklah membebankan rakyat, kata Menteri Perdagangan Hasan Malek, dengan perjuangan beliau menegakkan agar harga barang terus naik, beliau telah menyempurnakan azimat wajib terakhirnya sebagai seorang menteri dari kerajaan BN.

Azimat wajib itu adalah wajibnya mencium tanya orang yang menaikkan segala kos sara hidup iaitu Perdana Menteri Malaysia sebagai tanda kesyukuran. Malah sebagai menteri beliau mendesak agar rakyat berhenti bersungut dengan kenaikan ini, kerana Islam tidak ajar rakyatnya bersungut.

Seperti kata punjangga dari mufti, pemerintah adalah bayang-bayang tuhan maka haram melawan pemerintah, dan seorang Ulama Muda dari umno berkata "ini semua adalah ketentuan" jika di rampas harta atau di pukul seperti keldai pun wajib taat kepada pemerintah. -Ajensi Berita Fakap

Ulasan Dr Twet dengan dalil kitab kuning,
"Sebenarnya harga barangan tidak naik tapi ringgit Malaysia menjuman jatuh."
Ulasan Prof EP sambil berlatih tahan asap FRU,
"Malaysia mempunyai pakar ekonomi terbaik dunia iaitu Rosmah Mansor."

Saturday, 28 December 2013

4 NGO dijangka buat kecoh sambutan Tahun Baru nanti diKenal Pasti

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Para Perisik Negara telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pro BN yang dijangka akan membuat kecoh dan provakasi terhadap Himpunan Bantah kenaikan kos sara diri malam sambutan tahun baru nanti. 

Timbalannya, Datuk Sri Singh Amar Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Perkida, Skot Pertahan Maruah Isteri PM, Perkasa dan Petriot. Mereka akan berhimpun untuk membantah perhimpunan. Manakala lagi suatu pihak iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula akan berhimpun untuk membantah kenaikan kos sara hidup yang di naikan oleh Kerajaan Malaysia.

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. Tambahnya lagi jika mahu turun ke Dataran Merdeka jangan bawa apa-apa senjata bawa kelengkapan berkhemah tidak apa, kerana ia di jamin dalam perlembagaan negara.- Ajensi Berita Fakap


Ulasan Prof EP penuh fatwa
"Wajib gulingkan kerajaan yang zalim pada rakyatnya."
 Ulasan Dr Twet sambil lawan chess
"Kebodohan dan kecuaian pemerintah bukan kesalahan maka tidak boleh di dakwa."

Sunday, 22 December 2013

Naik Harga: Blogger Pro-BN tidak tahu bersyukur

SHAH ALAM, 22Dis – Semua sudah sedia maklum mengenai isu kenaikan harga barang kebelakangan ini hingga menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan daripada pelbagai pihak terutama penyokong pro-Pakatan.

Namun pemerhatian Kolumnis Ajensi mendapati penyokong BN juga turut tidak bersyukur dengan tindakan berkebajikan kerajaan menaikkan harga barang apabila subsidi dikurangkan itu.

Rata-rata tidak  bersyukur apabila kebanyakan barang dan perkhidmatan dinaikkan secara serentak bermula tahun hadapan termasuklah gula, tarif elektrik, tambang LRT dan terbaharu kadar tol.

Antaranya, blogger The Unspinners menyatakan penyakit pengurusan harga berlaku di negara ini ialah apabila semua harga mahu dinaikkan secara serentak.

“Berlumba-lumba sapa dulu. Hari-hari kita boleh dengar, semua pihak nak naikkan harga kononnya tak dapat tampung kos lagi. Sampaikan syarikat berkaitan kerajaan pun guna alasan sama, padahal syarikat kerajaan sepatutnya menyeimbangkan harga agar rakyat menikmati harga murah.

“Menaikkan harga barang memanglah baik untuk negara tapi negara mana? Rasa-rasanya Malaysia tak memerlukan kenaikan harga pun, sebab ada sebahagian daripada kenaikan tersebut, boleh diserap menerusi pelbagai cara termasuk pengurangan kadar cukai berkaitan,” kata blog tersebut.

Sementara satu lagi blogger BN yang tidak tahu bersyukur, Gerakan Anti PKR pula mempersoalkan kesan kenaikan kadar tol yang akan menyebabkan poket rakyat semakin nipis.

“Apa kesan tol naik? Kesan tol naik adalah menyebabkan poket rakyat makin kempis.

“Bukan setakat itu, tatkala tol naik ini bermakna pedagang akan menolak kos kenaikan itu kepada rakyat. Justeru rasionalisasi bermakna kos kenaikan kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, blog Medan Info Kita (juga tidak tahu bersyukur) uga mempersoalkan tindakan BN yang tidak menepati janji pada PRU13.

“Kenapa pada saat ini tidak mahu menepati janji sedangkan slogan BN adalah ‘Janji Ditepati’? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipersalahkan dalam hal sebegini.

“Kita harus melihat siapakah di belakang tabir membuat keputusan yang kurang bijak ini. Siapakah penasihat kepada Najib memberikan lorong jalan yang boleh menjahanamkan parti dan mengundang kebencian rakyat?" soalnya.

Manakala, blogger Sahabat Gunung pula menerbitkan kenyataan Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menyatakan kerajaan hanya akan menguji kesetiaan rakyat kepada BN dengan menaikkan harga tambang pengangkutan awam.

“Nazir berkata, nampak seakan-akan ada perlumbaan di kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) berlumba-lumba menaikkan harga perkhidmatan tanpa memikirkan kesan bakal diterima rakyat khususnya di kawasan bandar.


“Sehubungan dengan itu, Pemuda Umno mendesak pihak kerajaan menilai semula cadangan yang akan memberikan kesan buruk kepada rakyat khususnya warga kota berpendapatan sederhana saban hari menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam setiap hari,” katanya  dipetik blog berkenaan.

Satu lagi blog iaitu Malaysia Heaven menyatakan langkah menubuhkan makmal untuk mengkaji siri kenaikan barang dirasakan kurang perlu.

Katanya, dengan menubuhkan makmal baru, lebih banyak duit akan dihabiskan pada Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin cakap makmal akan ditubuhkan untuk kaji kos sara hidup masyarakat. Makmal ditubuhkan akan diletakkan di bawah Pemandu. Habis apa tanggungjawab kementerian yang ada?

"Adakah selama ini Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat tak selidik kesusahan rakyat? Adakah menteri masih tak tahu, kenaikan harga minyak, gula dan lain lain tu antara punca rakyat hidup susah?" katanya.

Blog lain yang turut memperkatakan isu yang sama ialah Parpukari dan Selangorchronicle.

Walaubagaimanapun Kolumnis Ajesi dapat juga mengesan ada lebih ramai blogger-blogger Pro-BN yang menyokong penuh serta mengucapkan syukurnya pada Dato Sri Najib kerana menaikan harga barang-barang, antara blog-blog tersebut adalah Papagomo, Kickdefla, Blog Tun Faisal, Generasi Pejuang Bangsa, Mymassa, Novandiri dan Blogger paling top Pro BN iaitu Blog APA.

Paling menarik perhatian Kolumnis Ajensi dalam ulasan mereka ialah blog PapaGomo dan Blog Boikot Barangan Cina DAP. Kerana mereka berkata "Syukurlah pagi-pagi bukak tingkap tiada kereta kebal lalu, Malaysia masih aman."

Ulasan Prof EP sambil berus gigi,
"Harap-harap Dato Sri Najib Razak dapat membuang semua blogger BN ini yang tidak tahu bersyukur"
Ulasan Dr Twet sambil berak cangkung,
"Tol naik untuk elak cukai naik, mana satu nak? kata Najib kepada blogger BN yang tidak tahu bersyukur!"

Tuesday, 17 December 2013

desas desus semakin bertiup kencang kerajaan BN bakal tumbang, 27 MP niat keluar terbang

KUALA LUMPUR 17 Dis - Watak keji Pembangkang di lihat telah menggunakan sepenuhnya isu kenaikkan satu persatu harga barang selepas pru 13 sebagai senjata ampuh untuk membelasah kerajaan BN bertalu-talu, terbaru dari cakap-cakap di dalam kamar parlimen, seramai sekurang-kurangnya 27 orang ahli parlimen BN mahu keluar secara senyap dari parti BN kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan. 

desas desus ini dikuatkan lagi dengan khabar-khabar di sebalik tirai pintu yang mana ramai ahli parlimen BN tidak berpuas hati dengan tindakan bodoh kerajaan dalam menangani isu yang mana sesuka hati menaikkan harga barang untuk mendera rakyat dan seterusnya rakyat akan bertambah terus membenci kerajaan.

dari maklumat yang ajensi dapat dari kotak email seorang ahli parlimen BN yang tidak mahu namanya di siarkan berkata, "kenaikan harga barang oleh kerajaan kita, telah membuatkan rakyat hilang percaya sama sekali terhadap janji-janji kerajaan, saya juga berasa apa yang rakyat rasakan kini, dengan kos sara hidup yang terlalu tinggi di tambah pula beban hutang isi rumah mencecah 83%" 

"saya tidak nampak kerajaan akan berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini, malahan menambah masalah lagi dengan segalanya di naikkan, saya dan beberapa rakan-rakan parlimen saya, telah sebulat suara secara rahsia untuk memberikan undi kami kepada pembangkang di parlimen jika persidangan penggal pertama yang bermula pada tahun hadapan". 

manakala seorang lagi ahli parlimen BN yang sempat di temubual ajensi berkata "perkara ini tidak boleh di tangguhkan lagi dan saya terpaksa merahsiakan dahulu perkara ini bagi keselamatan kami, ini kerana saya juga terkesan dengan rakyat di parlimen saya yang mengeluh berkenaan kos sara hidup dan kenaikkan harga barang termasuklah minyak dan barang asas keperluan".

seorang lagi ahli parlimen BN yang  meluahkan rasa tidak puas hati kepada ajensi pula berkata "apakah tujuan sebenar kerajaan menaikan semua harga barang satu demi satu ini? adakah untuk membalas dendam pada rakyat yang tidak menyokong kita selama ini?" 

"saya sangat tidak berpuas hati dengan keadaan sekarang, jawapan menteri-menteri semasa menjawab soalan dari rakyat juga amat memilukan serta menampakkan kebodohan BN itu sendiri, saya juga mungkin akan mempertimbangkan untuk mengundi undi tidak percaya pada sesi persidangan penggal pertama 2014 ini"

Mengikut hasil kajian dan laporan pihak Ajensi, sokongan dari rakyat kepada pembangkang yang mendapat 51.8% pada 5Mei lalu telah meningkat sekurang-kurang 13% lagi menjadi 64.8%, Sokongan ini didapati dari penyokong BN sendiri, di media-media social. - Ajensi Berita Fakap

Ulasan Prof EP dengan Dalil
"kezaliman sudah di peringkat akhir, fikir-fikirkan dan selamat melawan"

Ulasan Dr Twet dengan kasut keselamatan sais 11
"rakyat raja kepada pemerintah, ketuanan rakyat budaya kita"