Sunday 29 December 2013

Panas! Pemuda UMNO mahu himpunan guling-gulingkan kerajaan BN

TANJUNG KARANG 29 Dis - dari hasil risikan Ajensi dari beberapa pemberi maklumat yang boleh di percayai, di katakan pemuda umno tanjung karang mahu mengadakan himpunan haram bagi "guling-gulingkan kerajaan". Mengikut majlis fatwa bangsa negara, "adalah haram menggulingkan kerajaan yang sah walaupun kerajaan itu mendapat hanya minoriti undi dari rakyat"

Himpunan guling-gulingkan kerajaan esok (30Dis) yang akan di buat oleh pemuda umno tanjung karang di jangka akan di sertai oleh puluhan malah ratusan ribu anak muda, ianya di katakan bertujuan bagi membantah kenaikan kos sara hidup yang tinggi. pemuda umno tanjung karang yang juga pemuda-pemuda umno bagi Noh Omar (MP Tanjung Karang) dengan kain rentang yang sangat tidak tahu bersyukur ini, telah jelas mahu menguling-gulingkan kerajaan. himpunan haram oleh pemuda umno tanjung karang ini di bantah oleh pemuda umno Ipoh (gambar kanan) kerana umno di selangor sudah tidak tahu bersyukur. 

bercakap kepada Ajensi, seorang pemuda umno di sana berkata, "kami pangkah BN sebab janji Najib nak turunkan harga barang, dan Najib juga telah berjanji bahawa dia berjanji adalah janji yang dia mampu tunaikan janji dan tidak akan berjanji jika dia tidak mampu berjanji untuk AkuJanjinya itu"

Dalam temubual yang berasingan, Noh Omar berkata "ini semua adalah dakyah pembangkang, saya sebagai MP di sini tidak pernah terima aduan dari orang umno berkaitan kenaikan harga barang". ini membuktikan rakyat sokong barang naik

Ulasan Prof EP dalam buku AkuJanjinya
"Janji dicapati kini masa berjanji lagi"

Ulasan Dr Twet sambil mengkaryakan blog
"pemuda umno kini jadi pengkhianat kepada perjuangan suci umno"




0 ulasan :

Post a Comment