Showing posts with label Fakap Video. Show all posts
Showing posts with label Fakap Video. Show all posts

Thursday, 12 December 2013

Video : Bukti Kenaikan Harga Barangan Tidak Bebankan Rakyat

KUALA LUMPUR 12 Dis - "Kenaikan melampau semua harga barangan yang sejajar dengan kenaikan gaji jemaah menteri serta selaras dengan gaji pengarah-pengarah GLC tidak membebankan rakyat", kata seorang menteri kerajaan BN. 

kenaikan harga barang di malaysia telah di bincangkan secara terperinci oleh kerajaan setelah tamatnya pru13 yang lalu, ini bagi mengelakkan tiada rakyat yang tidak akan terkena beban ini, kenaikan ini adalah tindakan yang sangat adil kerana semua rakyat akan merasakan beban ini bersama demi kepentingan negara. - ajensi berita fakap



kajian saintifik dari Dr Twetnama 
 "bersyukurlah.. buka pintu rumah tiada kereta kebal lalu"

VIDEO: Kerana Banjir, 333 ahli PKR di Kuantan masuk UMNO

PAHANG, Pekan 11 Dis - Menggemparkan, disebabkan situasi banjir yang begitu teruk di Kuantan tempoh hari, 333 ahli PKR nekad keluar dari PKR dan menyertai UMNO.

Mereka berkata, "walaupun di PWTC, ahli-ahli UMNO telah memakan 24 000 biji telur ayam rebus dan makanan-makanan mewah yang lain, sedangkan kami di sini bertarung nyawa berlapar dahaga tetapi mereka tidak pernah melupakan kami di sini, sehinggakan Perdana Menteri, Rosmah Mansur sanggup mencemar duli untuk turun menaiki jet melihat keadaan kami dari tingkap kaca jet"




Ulasan Prof EP dengan tapak kaki 

Ketahuilah, tanpa UMNO gelaplah masa depan Melayu di bumi sendiri.

Sunday, 1 December 2013

Allah Takdirkan saya ubah UMNO - Ustaz Kezim

KUALA LUMPUR, Setiawangsa 1 Dec - Walaupun menerima kritikan yang hebat dari pelbagai sudut, kerana penyertaan beliau dalam MT UMNO, tetapi beliau tidak akan berganjak dari keputusannya untuk mengubah UMNO dari dalam, kerana "ini adalah ketentuan Allah" , sesuai dengan kata-kata ulama muda umno, Al Fadhil Fathul Bari.

untuk melihat VIDEO pengakuan Ustaz Kazim Elias, anda boleh Klik VIDEO USTAZ KAZIM atau HUB VIDEO FAKAP 

Berikut adalah perbualan rakan baik beliau kepada kami (klik besarkan gambar) -Ajensi Berita Fakap


Saturday, 30 November 2013

Video Menteri Indon Pertama dari Malaysia Kini Terbongkar.

Klik untuk besarkan

INDONESIA, Jakarta 30 Nov - Selain Malaysia mendapat seorang Perdana Menteri dari Keralla satu ketika dahulu, dan PM sekarang dari kepulauan Sulawessi, Malaysia di kejutkan lagi seorang Menteri yang menjaga keselamatan dalam negeri dari Bandar Mentropolitan Jakarta dan berbangsa Indon. Beliau adalah Bapak Zahid Hamide. 


Menteri Dalam Negeri, Bapak Zahid Hamide pernah berkata berhijrah dari Malaysia jika tidak mahu terima sistem pilihanraya. Tambah beliau lagi rakyat Malaysia mempunyai pilihan negara yang lain, contohnya Indonesia. 

Beliau juga tidak faham dengan perangai orang Malaysia sendiri. Jika orang Indonesia berebut-rebut mahu jadi warga negara Malaysia dan menjadi menteri, rakyat Malaysia pula menunjukan sifat tidak reti bersyukur dengan kerajaan sekarang. Ini boleh merosakan akidah orang Melayu Malaysia.

Berikut adalah video Bapak Zahid Hamide di temu bual oleh gadis Agnes Monika di tempat kelahiran beliau. (Klik Sini) atau (Sini)-Ajensi Berita Fakap