Showing posts with label Fakap Mistik. Show all posts
Showing posts with label Fakap Mistik. Show all posts

Sunday, 22 December 2013

Naik Harga: Blogger Pro-BN tidak tahu bersyukur

SHAH ALAM, 22Dis – Semua sudah sedia maklum mengenai isu kenaikan harga barang kebelakangan ini hingga menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan daripada pelbagai pihak terutama penyokong pro-Pakatan.

Namun pemerhatian Kolumnis Ajensi mendapati penyokong BN juga turut tidak bersyukur dengan tindakan berkebajikan kerajaan menaikkan harga barang apabila subsidi dikurangkan itu.

Rata-rata tidak  bersyukur apabila kebanyakan barang dan perkhidmatan dinaikkan secara serentak bermula tahun hadapan termasuklah gula, tarif elektrik, tambang LRT dan terbaharu kadar tol.

Antaranya, blogger The Unspinners menyatakan penyakit pengurusan harga berlaku di negara ini ialah apabila semua harga mahu dinaikkan secara serentak.

“Berlumba-lumba sapa dulu. Hari-hari kita boleh dengar, semua pihak nak naikkan harga kononnya tak dapat tampung kos lagi. Sampaikan syarikat berkaitan kerajaan pun guna alasan sama, padahal syarikat kerajaan sepatutnya menyeimbangkan harga agar rakyat menikmati harga murah.

“Menaikkan harga barang memanglah baik untuk negara tapi negara mana? Rasa-rasanya Malaysia tak memerlukan kenaikan harga pun, sebab ada sebahagian daripada kenaikan tersebut, boleh diserap menerusi pelbagai cara termasuk pengurangan kadar cukai berkaitan,” kata blog tersebut.

Sementara satu lagi blogger BN yang tidak tahu bersyukur, Gerakan Anti PKR pula mempersoalkan kesan kenaikan kadar tol yang akan menyebabkan poket rakyat semakin nipis.

“Apa kesan tol naik? Kesan tol naik adalah menyebabkan poket rakyat makin kempis.

“Bukan setakat itu, tatkala tol naik ini bermakna pedagang akan menolak kos kenaikan itu kepada rakyat. Justeru rasionalisasi bermakna kos kenaikan kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, blog Medan Info Kita (juga tidak tahu bersyukur) uga mempersoalkan tindakan BN yang tidak menepati janji pada PRU13.

“Kenapa pada saat ini tidak mahu menepati janji sedangkan slogan BN adalah ‘Janji Ditepati’? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipersalahkan dalam hal sebegini.

“Kita harus melihat siapakah di belakang tabir membuat keputusan yang kurang bijak ini. Siapakah penasihat kepada Najib memberikan lorong jalan yang boleh menjahanamkan parti dan mengundang kebencian rakyat?" soalnya.

Manakala, blogger Sahabat Gunung pula menerbitkan kenyataan Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menyatakan kerajaan hanya akan menguji kesetiaan rakyat kepada BN dengan menaikkan harga tambang pengangkutan awam.

“Nazir berkata, nampak seakan-akan ada perlumbaan di kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) berlumba-lumba menaikkan harga perkhidmatan tanpa memikirkan kesan bakal diterima rakyat khususnya di kawasan bandar.


“Sehubungan dengan itu, Pemuda Umno mendesak pihak kerajaan menilai semula cadangan yang akan memberikan kesan buruk kepada rakyat khususnya warga kota berpendapatan sederhana saban hari menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam setiap hari,” katanya  dipetik blog berkenaan.

Satu lagi blog iaitu Malaysia Heaven menyatakan langkah menubuhkan makmal untuk mengkaji siri kenaikan barang dirasakan kurang perlu.

Katanya, dengan menubuhkan makmal baru, lebih banyak duit akan dihabiskan pada Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin cakap makmal akan ditubuhkan untuk kaji kos sara hidup masyarakat. Makmal ditubuhkan akan diletakkan di bawah Pemandu. Habis apa tanggungjawab kementerian yang ada?

"Adakah selama ini Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat tak selidik kesusahan rakyat? Adakah menteri masih tak tahu, kenaikan harga minyak, gula dan lain lain tu antara punca rakyat hidup susah?" katanya.

Blog lain yang turut memperkatakan isu yang sama ialah Parpukari dan Selangorchronicle.

Walaubagaimanapun Kolumnis Ajesi dapat juga mengesan ada lebih ramai blogger-blogger Pro-BN yang menyokong penuh serta mengucapkan syukurnya pada Dato Sri Najib kerana menaikan harga barang-barang, antara blog-blog tersebut adalah Papagomo, Kickdefla, Blog Tun Faisal, Generasi Pejuang Bangsa, Mymassa, Novandiri dan Blogger paling top Pro BN iaitu Blog APA.

Paling menarik perhatian Kolumnis Ajensi dalam ulasan mereka ialah blog PapaGomo dan Blog Boikot Barangan Cina DAP. Kerana mereka berkata "Syukurlah pagi-pagi bukak tingkap tiada kereta kebal lalu, Malaysia masih aman."

Ulasan Prof EP sambil berus gigi,
"Harap-harap Dato Sri Najib Razak dapat membuang semua blogger BN ini yang tidak tahu bersyukur"
Ulasan Dr Twet sambil berak cangkung,
"Tol naik untuk elak cukai naik, mana satu nak? kata Najib kepada blogger BN yang tidak tahu bersyukur!"

Monday, 16 December 2013

Harga Barang Naik: Najib Razak hari ini dikecam hebat di facebooknya

KUALA LUMPUR 16 Dis - Kesabaran rakyat malaysia semakin menipis bila kerajaan yang di terajui oleh seorang perdana menteri dari umno telah menaikkan satu demi satu harga barangan keperluan asas rakyat malaysia. ini dapat di lihat di facebook milik najib razak apabila hampir 99% posting yang di lakukan oleh rakyat malaysia di pages miliknya, dengan jelas telah mengecam malahan menghentam teruk akan perdana menteri kesayangan rakyat ini.

desas desus dari maklumat Ajensi, ada juga yang mengatakan, bahawa tahun ini adalah tahun terakhir beliau sebagai perdana menteri, rakyat mempertikai setiap kata-kata dan ucapan dari menteri-menteri BN kerana jawapan yang di berikan oleh mereka sangat-sangat tidak memuaskan, jika di nilai dari prestasi KPI menteri kerajaan BN ini, rakyat memberikan KPI G [Gagal] kepada mereka.

berikut adalah jawapan menteri apabila setiap barangan di naikkan harga selepas 5 mei lalu.

a - "jika petrol naik, jalan kaki jangan bawa kereta".
b - "jika tepung naik, jangan makan tepung, makan ubi".
c - "jika tambang bas naik, hantar anak sendiri ke sekolah".
d - "jika letrik naik, pakai lilin untuk elak renjatan letrik".
e - "jika tol naik, sila guna jalan biasa tiada tol".
f - "gula naik untuk elak obesiti dan rangsangan seks".
g - "jika tidak buat gst, malaysia akan bangkrup".
h - "tambang lrt paling rendah di dunia, mesti perlu di naikkan sebab sudah 10 tahun tak naik-naik".
i - "minyak masak naik demi kesejahteraan rakyat".
j - "diesel naik bagi mengurangkan kesesakan lalulintas".
k - "ayam naik jangan makan ayam, makan ikan".
l - "harga rumah naik jangan beli rumah, sewa saja".
m - "gas memasak naik jangan guna gas, guna kayu api".
n - "beras naik tidak akan membebankan rakyat".
o - "harga kereta naik tidak bebankan rakyat". 
p - "tak bayar ptptn, sila duduk luar negara".
q - "sayur naik tanam sayur sendiri di belakang rumah" [jika rumah flat]?
r - "daging naik harga jangan makan daging"
s - "tambang teksi naik jangan naik teksi naik beca". - Ajensi Berita Fakap

Ulasan Dr Twet dengan mata di atas tangan di bahu

"malaysia bakal jadi lagenda kerana mempunyai menteri-menteri bodoh sepanjang zaman"


Thursday, 12 December 2013

Video: 10 Bukti kukuh Mat Sabu Syiah kini tersebar

KUALA LUMPUR 12 Dis - Setiausaha KDN hari ini dengan terpaksa menebalkan muka untuk mendedahkan 10 bukti yang di katakan "kukuh" bahawa mat sabu adalah pengikut syiah. selepas penuduh (zahid hamidi) tidak mahu mengaku membuat fitnah, maka SU KDN terpaksa di kambing hitamkan.

berikut adalah bentangan kajian ilmiah beserta dalil ajensi berita fakap selepas menghadiri sidang media tersebut.

10 bukti yang dikatakan mat sabu Syiah oleh KDN atas arahan Zahid Hamidi adalah..

1 - mat sabu contohi pemimpinan imam khomenie. [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib contohi pemimpinan nelson mandela [Cristian] adakah Najib Cristian?
- Zahid Hamidi contohi ibubapanya bangsa INDON [Indon Asli] adakah Zahid Menteri di Indon?

2 - mat sabu kagum dengan kepimpinan khomenie [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib kagum dengan kepimpinan Wen Jia Bao [Komunis China] adakah Najib Komunis?

3 - mat sabu guna ulama syiah iaitu imam khomenie sebagai terma rujukan [Syiah] adakah mat sabu syiah?
- Najib guna Barack Obama sebagai terma rujukan [Cristian] adakah Najib Cristian?

4 - aidil razali timbalan presiden jati kata mat sabu ikon Syiah [cakap-cakap kosong]
- penyokong umno berkata Rosmah adalah ikon busana muslimah [cakap-cakap kosong]

5 - mat sabu puji SU syiah Lubnan [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Muhyiddin puji presiden iran [Syiah] adakah muhyiddin Syiah?
- Najib puji perdana menteri thailand [Budha] adakah Najib Budha?

6 - mat sabu lawat masjid syiah di thailand [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib & keluarga lawat gereja Vatican City [Cristian] adakah Najib sekeluarga Cristian?

7 - mat sabu masuk kelas pengajian syiah di semanggol perak [hanya dengar-dengar]
- Rosmah adalah isteri kedua Najib [ hanya dengar-dengar]
- Zahid memukul bakal menantunya hingga senget hidung [hanya dengar-dengar]

8 - mat sabu selalu melawat iran dan hantar pelajar belajar di iran [Syiah] adakah mat sabu Syiah?
- Najib selalu melawat england dan hantar pelajar belajar di england [Cristian] adakah Najib Cristian?

9 - mat sabu pernah lafazkan selawat seperti di amalkan penganut syiah [sumber cakap-cakap kosong]
- Rosmah guna bomoh hindu - Thagaraju, pemandu kenneth eswaran [sumber cakap-cakap kosong]

10 - tuan guru abdul rahim kata mat sabu penganut syiah sebab nampak solat seperti syiah. [sembang-sembang kencang]
- tuan guru Prof EP kata Zahid penganut Syiah sebab suka bertaqiah (pura-pura) [sembang-sembang kencang]

ulasan Dr Twetnama dengan mengangkat jari tengah

"10 bukti di kutip dari cakap-cakap orang , 1Malaysia buat-buat percaya"
"zahid hamidi dan isterinya suka minum air kacip FATIMAH & tongkat ALI"




Friday, 29 November 2013

14 Tempat Seram Di Malaysia Yang Wajib Anda Ketahui Kini Terbongkar

KUALA SELANGOR, 29 Nov 2013 - Sebenarnya banyak lagi tempat yang dianggap keras atau berhantu di Malaysia ini, hanya orang-orang yang pernah merasainya tahu akan kisahnya, sini ajensi membawa anda ke alam misteri yang bersejarah ini iaitu 14 tempat dianggap paling berhantu (haunted) di Malaysia malahan mengemparkan seluruh persada dunia mistik.

untuk mengetahui sepenuhnya 14 tempat paling menyeramkan di malaysia, sila ke kisah 14 Mistik atau di 14 tempat menyeramkan di malaysia - Ajensi Berita Fakap