Monday 2 December 2013

Tangguh Kenaikkan Bil Letrik demi Kesejahteraan Rakyat - Menteri

KUALA LUMPUR 1 Dec - "langkah kerajaan BN menaikkan harga letrik pada 1 januari 2014 adalah untuk kesejahteraan rakyat" kata seorang menteri yang tidak mahu disiarkan namanya kepada Ajensi. beliau menegaskan bahawa kenaikan ini tiada kena mengena dengan masalah ekonomi yang sedang melanda dunia, tetapi kenaikan ini adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.

Tambahnya lagi "kita telah merujuk kepada 15 orang pakar ekonomi dari seluruh dunia, dan terbukti mereka memuji langkah kerajaan BN dalam menaikkan kadar bil letrik, dan mereka berkata langkah ini akan di jadikan contoh dan akan di aplikasikan di negara mereka". 

Adakah kenaikkan ini membebankan rakyat?
Mengikut dari kajian pakar-pakar ekonomi yang bergaji puluhan ribu dollar sebulan itu dan tidak pernah membayar bil letrik kerana ianya di tanggung oleh kerajaan mereka, kenaikkan bil letrik ini sedikitpun tidak akan membebankan rakyat, malahan ianya akan memberikan kestabilan ekonomi kepada negara serta nilai pulangan yang tinggi kepada rakyat, lagipun kerajaan yang bertanggungjawab seperti kerajaan BN sekarang, telah menaikkan kadar BR1M agar dapat menampung segala perbelanjaan isi rumah termasuklah bil letrik. selain itu kerajaan BN telah mengekang kenaikkan bil letrik ini sehingga tahun hadapan. 

Ketika di tanya kenapa perlunya kadar bil letrik ini naik tahun hadapan oleh Ajensi, seorang menteri menjawab? "kadar menaikkan bil letrik mampu mengurangkan kadar kematian akibat renjatan elekrtik" - Ajensi Berita Fakap 

0 ulasan :

Post a Comment