Sunday 29 December 2013

1,005 Perhimpunan Haram Bantah Himpuan Guling Kerajaan.

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Penganjuran himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka yang dikatakan akan di lakukan oleh anak-anak muda seluruh negara terus dibantah pelbagai pihak dengan sebanyak 1,005 Himpunan Haram oleh Ngo-Ngo yang menyokong kenaikan harga barang oleh Kerajaan BN di seluruh negara sehingga petang ini.

Daripada jumlah itu, Perak mencatat jumlah himpunan haram tertinggi iaitu 210 himpunan diikuti Sabah (148); Selangor (139); Pahang (93); Melaka (80); Johor (78); Kedah (75); Terengganu (58); Kelantan (44); Perlis (41); Pulau Pinang (13); Kuala Lumpur (12); Sarawak (8) dan Negeri Sembilan (6). Ini membawa jumlah 1005 himpunan haram yang telah berlangsung sebelum himpunan guling kerajaan diadakan.
 
Himpunan haram penyokong kerajaan yang di lakukan di 1005 lokasi seluruh negara ini telah menyebabkan berlakunya ketidak kestabilan kepada sosio ekonomi negara, peniaga mengalami kerugian terlampau sehingga jutaan ringgit, ketidak amanan negara dan lain-lain perkara negatif lagi, kata seorang Dekan University of Malays pakar politik Negara kepada Ajensi.

Tambah beliau lagi, dengan beribu-ribu himpunan haram oleh penyokong BN sebelum berlangsungnya yang dikatakan himpunan guling kerajaan, Kerajaan itu sendiri telah lari menyelamatkan diri dari tekanan dalam negara. Tindakan ini terpaksa di ambil bagi meredakan amarah penyokong BN yang berhimpun. -Ajensi Berita Fakap.

Ulasan Dr Twet bercomand and conquer,
"Penyokong Kerajaan BN berhimpun untuk membantah himpunan"
Ulasan Prof EP yang terkena selsema babi,
"Keamanan negara tidak terobek oleh 1005 himpunan haram Pro BN seluruh negara" 

0 ulasan :

Post a Comment