NEW YORK, 27 Dis - Anak tiri kesayangan Perdana Menteri Tun Seri Najib Razak yang hanya berusia 36 tahun (gambar) dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York. Juga merupakan seorang yang berbangsa Melayu asli terkaya di New York. Bak kata pepatah Tun Srimahathir "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, kerana itu membeli rumah di negara orang"
Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Tun Seri Rosmah Mansor dengan janda pertamanya, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Kolumnis Ajensi di sana. Ibu beliau berkata ia adalah kerana daddykasi anaknya sendiri, bukan hasil lendir rakyat Malaysia.
Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah yang mempunyai tujuh bilik air dan tujuh kolam renang di setiap bilik air. Ianya amat sesuai untuk PM dan sekeluarga melawat dan berendam dalam kolam renang tersebut. Ini bagi mengelakan pembaziran air di Putrajaya.
Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.
Riza, menurut laporan Kolumnis Ajensi lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000. Walaupun tempat yang dipelajari itu tidak sehebat taraf pendidikan negara Malaysia, tetapi Najib berkeras mahu anak tirinya belajar di luar negara untuk mudah membuat kekayaan. -Ajensi Berita Fakap
Ulasan Prof EP sambil mata ke atas dan tangan di bahu,
Ulasan Dr Twet sambil sedut vapour,
Ulasan Prof EP sambil mata ke atas dan tangan di bahu,
"Adakah anak tiri Najib Kristian kerana belajar di negara Kristian? Sama-sama kita tunggu bukti gred A dari Zahid Komedi.
Ulasan Dr Twet sambil sedut vapour,
"Alamak! Adakah ini bajet dari PERMATA 2012 116Juta?"
0 ulasan :
Post a Comment