SRI PERDANA PUTRAJAYA 16 Dis - Suami Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tenang ketika ditanya soalan kontroversi dari pihak Ajensi penggunaan jet ke Qatar. Beliau menghuraikan satu persatu jadual kerjanya dan mengapa beliau berada di Qatar, Dubai, Sri Lanka dan akhir sekali Bangladesh.
Ikuti temu bual eksklusif pihak Ajensi dan Suami PM Malaysia DS Ros.
A= Ajensi , R= DS Ros
A= Ajensi , R= DS Ros
A: Sebenar-benarnya apa tujuan DS Ros suka-suka guna jet milik kerajaan yang menggunakan dana rakyat ini?
R: Semuanya kerana kerja bukan untuk suka-suka!
A: Adakah Ds Ros menggunakan lesen sebagai isteri PM untuk memboros wang rakyat?
R: Semuanya dilakukan mengikut prosedur.
A: Adakah Isteri DS Ros yang mengajak DS Ros untuk ke Qatar?
R: Saya dijemput menerusi kedutaan Qatar di Malaysia yang kemudian dipanjangkan ke Wisma Putra UMNO dan dirujuk pula kepada Kabinet.
A: Apa yang Ds Ros gebang di sana sampai khalayak antarabangsa terkinja-kinja menyokong DS Ros?
R: "Dalam ucaptama itu saya berkongsi tentang kejayaan wanita Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua. Tak sangka pula dalam kita berbangga dengan khalayak antarabangsa tentang negara kita rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati.
A: Betulkah dengan dakwaan DS Ros mereka sangat menghormati Malaysia? atau sebenarnya membodek DS Ros sahaja?
R: Masyarakat antarabangsa bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Malaysia terutamanya melayu, tetapi rakyat kita sentiasa memandang negatif apa yang saya buat.
R: Awak jangan main-main dengan saya.. Pernah tengok wanita mati di bom?
A: Ok-ok maafkan saya. Soalan seterusnya bagaima pula rakyat boleh terlihat sosok DS Ros di rumah PM Qatar? Sedangkan DS hanya menghadiri forum tersebut.
R: Setelah diberi penghormatan berada di pentas forum itu, saya mengambil kesempatan melakukan kunjungan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al-Thani. Kunjungannya itu turut menerima kritikan.
Sebagai tetamu adakah salah saya memohon mengunjungi Perdana Menteri sebagai menghormati tuan rumah. Jika suami Perdana Menteri negara-negara lain datang ke Malaysia, mereka akan melakukan perkara yang sama," katanya ketika ditemui Ajensi Berita Fakap di kediamannya baru-baru ini.
A: Selain itu DS Ros ada bercuti ke mana pula? Macam padat sahaja jadual Datin.
R: Jadual saya di Qatar sememangnya padat. Saya turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Sheikha Moza Nasser yang merupakan Pengerusi Yayasan Qatar. Kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri, Sheikha Alanoud juga dilaksanakan.
A: Ada dakwaan kononnya DS Ros menggunakan jet kerajaan untuk menonton pertunjukan fesyen? Benarkah?
R: Pertunjukan fesyen itu anjuran rakyat Malaysia, dan beliau dijemput kerana kebetulan berada di Qatar atas urusan rasmi. Ini hanya kebetulan sahaja tiada niat saya untuk memperabih duit rakyat untuk tonton pertunjukan fesyen itu.
Malah isteri Perdana Menteri Qatar menyatakan persetujuan untuk hadir pada majlis itu hasil jemputan saya. Salahkah saya sebagai suami pemimpin negara yang kebetulan ada di situ dan dijemput. Bukan saya yang terkinja-kinja tapi mereka yang jemput.
Saya bukan ke Qatar kerana pertunjukan fesyen. Saya berada di Qatar atas jemputan rasmi dan menonton pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia kerana dijemput. Saya juga mahu menyokong usaha rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada. Saya kemudiannya terbang ke Dubai bagi memenuhi undangan Princess Haya. Di Dubai berlangsung beberapa agenda termasuk membantu kerajaan di situ merealisasikan impian mahu melaksanakan program seperti PERMATA. Pogram PERMATA adalah idea asli saya!
Satu majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Permata Pintar yang dikendalikan UKM dan Alliance International Investment berlangsung semasa saya berada di Dubai.
A: Selain itu apa lagi budi DS Ros beri kebanggaan kepada negara?
R: Satu lagi kebanggaan apabila Malaysia menjadi rujukan malah program Permata menjadi model ikutan beberapa negara termasuk UAE.
Di Dubai, Saya turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Princess Haya dan Sheikha Fatma Mubarak iaitu Mother of The Nation UAE. Beliau turut dijemput mengadakan lawatan ke Dubai Humanitarian City dan Dubai Healthcare City yang menempatkan pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta badan-badan kemanusian antarabangsa . Perbincangan antara delegasi Malaysia dan UAE turut berkisar kepada tawaran hasrat mereka mahu membuka cawangan di Malaysia sebagai hub di rantau ini. Mereka turut bertukar pandangan mengenai penyelidikan autisme.
"Kita explore pelbagai kemungkinan dan membina persahabatan untuk menarik perhatian mereka tentang peluang yang ada di Malaysia.
A: Bagaimana penerimaan mereka selepas DS Ros gebang mereka?
R: Alhamdulillah mereka menerima kita secara positif malah mahu membuka cawangan di negara kita sebagai wakil mereka di rantau ini.
A: Mengapa tidak menggunakan pesawat komersial sahaja, bukankah lebih murah dan menjimatkan wang rakyat?
R: Rosmah tersenyum. Katanya, isu itu tidak pernah timbul sebelum ini kerana setiap apa yang beliau lakukan mesti dirujuk kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan. Lagipun Isteri saya ketua kabinet jadi lagilah senang lulus. Kabinet, katanya, mengambil kira pelbagai faktor terutamanya keselamatan suami kesayangan PM dan masa. Kita bergerak mengikut jadual, apatah lagi sesuatu program itu disediakan oleh tuan rumah, kita mesti menepati masa," katanya sambil memberitahu kemudahan jet kerajaan itu telah ada sejak sebelum Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri.
Menurut Rosmah jadualnya padat tidak kemungkinkan beliau menaiki pesawat komersial, dan beliau bukannya bersenang lenang apabila berada di satu-satu negara sebaliknya akan memastikan setiap masa terisi dengan program berfaedah. Dan tidak semua negara menyediakan penerbangan ke satu-satu negara secara kerap, malah adakalanya hanya satu penerbangan untuk satu destinasi setiap hari.
A: Hebat juga DS Ros. Bolehlah lantik DS Ros jadi menteri juga. Tak begitu Datin?
R: Apa lagi Rakyat Malaysia mahu? Bukan mengungkit, tetapi hubungan erat saya dengan isteri-isteri pemimpin luar negara ada masanya memberi kelebihan bukan untuk dirinya tetapi untuk rakyat Malaysia.
A: Owh kesimpulannya apa yang DS Ros buat di sana bukan lah semata-mata berkenaan forum sahaja? Hanya 10persen sahaja di gunakan untuk forum 90persen lagi hal peribadi lah?
R: Apa yang saya lakukan kerana Allah, promosi akidah Islam ASWJ sebenar. yang lain -lain saya tak fikir dah. Biarlah mereka memfitnah, menuduh dan memburuk-burukkan saya,saya tahu ramai cemburu dengan kejayaan saya. Ajensi Berita Fakap
Ulasan Prof EP Sambil Lewa
"Tanpa Puan Rosmah siapalah Malaysia"
Ulasan Dr Twet Sambil Belacan
"Puan Rosmah berjiwa Fantastic"
Ulasan Prof EP Sambil Lewa
"Tanpa Puan Rosmah siapalah Malaysia"
Ulasan Dr Twet Sambil Belacan
"Puan Rosmah berjiwa Fantastic"
0 ulasan :
Post a Comment