Tuesday 19 November 2013

Video Gempar Skot Gempur Pertahan Maruah Isteri PM Kini Tersebar

Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas
KUALA LUMPUR, Parlimen 19 Nov - Pembangkang yang hanya mewakili Minoriti 54% undian rakyat malaysia kelihatan amat dengki dan cemburu dengan kemewahan isteri PM, sehingga menggunakan jet kerajaan pun menjadi isu maha besar di parlimen hari ini. 

Mengikut pengakuan Tun Sri Shaidan Kasim, menteri di JPM, nilainya bukan banyak, sekali naik jet kerajaan hanya menggunakan wang rakyat RM 470 ribu sahaja. negara kita mempunyai simpanan bernilai hampir RM 3 Billion, itu hanya di selangor sahaja, belum di kira dari negeri-negeri lain. 

Beliau juga mengatakan perjalanan bermaruah suci isteri perdana menteri adalah untuk kepentingan negara agama dan bangsa. Jika menghantar ahli parlimen wanita yang lain, ini akan mencemar duli isteri perdana menteri yang juga merupakan FISRT LADY Of Malaysia (FLOM). bak kata sang pujangga, "di belakang seorang Perdana Menteri yang hebat, akan ada seorang wanita yang handal memainkan peranan penting untuk negara!"

Akhir sekali, Tun Sri juga menasihatkan agar rakyat tidak terikut-ikut cara pembangkang yang mempunyai sifat dengki yang keterlaluan terhadap isteri Perdana Menteri Negara Malaysia. - Ajensi Berita Fakap

untuk tonton video pertahan maruah rosmah itu, 

0 ulasan :

Post a Comment